operated under Double R Services Enterprise (1893175-X)
Daisypath Anniversary tickers

ROSECRAFT ON TV

Bersama TV1 : Apa Kata Wanita (AKW)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Refer last entry yer kawan-kawan...

Alhamdulillah.
Insya Allah rakaman tersebut akan di siarkan pada Sabtu, 13th April 2013 (esok) di TV1 pada pukul 11.00 pagi .


Jutaan terima kasih kepada Cik Farah Scha, selaku Penerbit untuk segmen Kerja Dari Rumah bagi rancangan Apa Kata Wanita kerana sudi mewawancara RoseCraft House untuk segment tersebut.

Harapan saya selaku pengasas RoseCraft House adalah saya akan lebih gigih berusaha dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan RoseCraft. Walaupon keuntungan adalah tidak setinggi mana apa yang penting  adalah kepuasan diri dapat melakukan apa yang kita minat dengan seikhlas hati. 

Saya masih menjalankan craft ini secara sambilan. Saya perlu pandai membahagikan masa antara kerja tetap (yang memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan tanggungjawab yang makin bertambah diberikan oleh Top Management..alhamdulillah) dan minat yang mendalam terhadap handcraft. 

InsyaAllah dengan anugerah yang diberikan Allah ini akan saya gunakan sebaik mungkin. Saya juga doakan kejayaan rakan-rakan lain yang turut sama menjalankan perniagaan dari rumah di luar sana. Marilah sama-sama kita meriahkan & meningkatkan kualiti perniagaan di Malaysia.

Lastly, jangan lupa saksikan RoseCraft esk yer....hihihih (malu jugak nk tgk diri sendri mst kelakar).

Tarikh: 13hb April 2013
Hari : Sabtu
Waktu : 11 pagi
TV1 



Wassalam.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Rose Sew & Craft 2011 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.